Karam Sigh Walia Di ugut?

Saturday, January 1, 2011


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Apa yang pendapat korang lepas korang tengok video tuh?
Dalam video diatas, Karam Sigh Walia diminta memohon maaf kepada orang melayu kerana dia mengatakan bahawa bangsa Melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia.
Aku tengok dalam video ni, dia (Karam Sigh Walia) macam mabok je.
Tapi takpe la dia mabok pun sebab dia bukan Islam.
Nak mabok tu dia punya pasal lah.
Lepas tu timbul plak satu issue yang mengatakan dia ada menyebut perkataan sakai dan lancau.
Tu aku tak pasti la betol ke tidak.
Tapi dalam hal ni, cuba korang tengok, apa yang orang² Melayu dalam video ni buat?
Aku bukan nak kondem bangsa sendri, tapi tengok lah.
Macam samseng kampung dusun pun ada aku tengok.
Dia tu mabok and bila orang ni mabok, pemikiran dia tak waras.
Ya, memang dia kata bangsa Melayu bukan dari Malaysia dan bukan juga dari Indonesia dan mamat² dalam tu nak dia buat pemohonan maaf secara terbuka.
Tapi perlu ke dengan cara macam tu?
Mana pergi budi bahasa?
Mereka dah tau dia tu mabok, tapi napa perlu act macam samseng?
Reason, nak mempertahankan maruah bangsa Melayu.
Ya, aku sokong if nak mempertahankan maruah bangsa Melayu tapi aku tak sokong cara macam tu.
Bendanya boleh bincang elok².
Tak perlu nak tunjuk lagak samseng macam tu.
Mana pergi adab sopan bangsa Melayu kita?
Korang bleh tengok sendri comment kt video youtube ni.
Rata² yang comment bukan tak puas hati kt Karam Sigh Walia ni, tapi cara budak² Melayu tu.
Aku bukan nak backup Karam Sigh Walia ni, tapi at least dia berani mengaku kesilapan dia dan memohon maaf secara terbuka.
Kalau korang perasan, dekat nak habis video tu (3:44), ada sorang mamat tu cakap; "payong 1 kedai".
Macam tu ke cara nak settle?
Aku pun tataw nak cakap apa dah.
Cuma aku rasa, tak perlu la buat macam tuh.
Benda boleh settle cara elok.
Tak perlu kecoh² macam tuh.
Memalukan bangsa Melayu balik.
Skali g aku cakap, aku bukan nak menjatuhkan bangsa aku sendri tapi aku rasa cara tu tak betol.
Tunjukkan adab sopan bangsa Melayu kita kepada bangsa lain.